Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

video
sumber : http://www.harian-metro-online.com/gerhana-bulan-penuh-sabtu-ini-10-disember-2011

Monday, November 14, 2011

Makluman untuk pelawat

Laman web ini disediakan untuk membolehkan pelajar memahami fasa-fasa bulan. Ia berkaitan dengan :
  *-* > Bentuk sebenar bulan yang dapat diperhati dari bumi di malam hari ( bahagian kanan webblog ini.
  *-* > Pengenalan dan maklumat tentang fasa-fasa bulan
  *-* > Gambar-gambar lapan fasa bulan
  *-* > Slide show lapan fasa-fasa bulan
  *-* > Video fasa-fasa bulan
  *-* > Gambar-gambar ( snapshot ) bulan purnama
  *-* > Capaian ke website lain ( website di Malaysia yang berbahasa Malaysia sahaja ) yang berkaitan dengan fasa-fasa bulan.
Sekiranya ada cadangan, komen dan penambahbaikan, jangan berat hati untuk memberi pendapat di ruang yang disediakan. Terima kasih atas lawatan anda. Mohon seribu kemaafan jika kekurangan di mana-mana bahagian.

Monday, October 10, 2011

FASA-FASA BULAN

Fasa-fasa Bulan.


 

Kita di Bumi hanya dapat melihat bahagian permukaan Bulan yang disinari matahari.

Bahagian permukaan Bulan yang dapat dilihat disebut fasa Bulan.

Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, luas permukaan Bulan yang berlainan dapat dilihat dari
Bumi. Jadi kita melihat fasa Bulan yang berlainan.

Bulan tidak kelihatan apabila Bulan berada diantara Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Ini kerana bahagian gelap Bulan menghadap ke Bumi. Fasa Bulan ini disebut bulan muda atau anak Bulan.

Bulan purnama berlaku apabila kita melihat permukaan Bulan yang disinari Matahari dengan penuh.

Antara dua fasa ini terdapat fasa seperti bulan sabit, bulan separa dan bulan hampir separa
( lihat gambarajah disertakan ).

Kita di Bumi hanya dapat melihat bahagian permukaan Bulan yang disinari matahari.

Bahagian permukaan Bulan yang dapat dilihat disebut fasa Bulan.

 Ketika Bulan beredar mengelilingi Bumi, luas permukaan Bulan yang berlainan dapat dilihat dari Bumi. Jadi kita melihat fasa Bulan yang berlainan.

Bulan tidak kelihatan apabila Bulan berada diantara Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Ini kerana bahagian gelap Bulan menghadap ke Bumi. Fasa Bulan ini disebut bulan muda atau anak Bulan.

Bulan purnama berlaku apabila kita melihat permukaan Bulan yang disinari Matahari dengan penuh.

 Antara dua fasa ini terdapat fasa seperti bulan sabit, bulan separa dan bulan hampir separa ( lihat gambarajah disertakan ).


Petunjuk :
1 - Anak bulan / new moon
2 - Bulan sabit baru / cresent
3 - Bulan separa / half moon
4 - Bulan hampir purnama baru / Gibbous
5 - Bulan purnama / Bulan penuh / full moon
6 - Bulan lepas purnama lama / Gibbous
7 - Bulan separa / / half moon
8 - Bulan sabit lama / old cresent moon